Showing posts with label Aktiviti Terkini. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Terkini. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Program Buka Puasa & Qiamullai

Pada Hari Jumaat (11 September 2009) yang lepas, unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Berbuka Puasa bersama pelajar serta majlis Qiamullai. Program ini telah dijalankan di Surau Sekolah dengan penyertaan seramai 30 pelajar.

pelajar menyiapkan bahan masakan

Majlis Tazkirah



Tuesday, August 11, 2009

Majlis Pelancaran Blog Rasmi UBK SMKE VII

Pada 10 Ogos 2009, majlis pelancaran blog rasmi UBK SMKE VII telah diadakan sewaktu perhimpunan sekolah. majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Zahir. Selepas itu, Tuan Pengetua iaitu En. Yahaya Bin Liman berucap dan menyentuh beberapa perkara mengenai blog ini dan seterusnya merasmikan blog ini. Banner perasmian juga diturunkan ketika ucapan perasmian tersebut sebagai gimik pelancaran.


Ucapan Aluan Oleh Cikgu Zahir

Ucapan Oleh Tuan Pengetua



Banner Pelancaran Diturunkan

Pelancaran Oleh Tuan Pengetua

Sunday, August 9, 2009

Pelancaran Laman Blok UBK SMKE VII

Pada hari Isnin, 09 Ogos 2009 nanti, pelancaran laman blog ini bakal diadakan dan dilaksanakan oleh Tuan Pengetua SMKE VII iaitu En. Yahaya Bin Liman. Diharapkan blog ini akan memberi manfaat kepada semua warga SMKE VII.

Tuesday, August 4, 2009

Kemunculan Blog UBK

Dua orang mahasiswa UPSI kursus Bimbingan dan Kaunseling, iaitu Cikgu Md Zahir Abdul Hamid dan Cikgu Mohamad Faizel Ali telah melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII bagi menjalani sesi praktikum selama 4 bulan. Selaras dengan bermulanya praktikum, kami telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu blog yang memaparkan aktiviti terkini unit ini. diharapkan blog ini mampu menyalurkan maklumat yang bermanfaar kepada warga SMKE VII.